Saturday, March 18, 2017

Choose The Right Shoes

Bagi seseorang atlet, pemilihan kasut yang sesuai adalah sangat penting untuk mengasilkan performance yang tinggi ketika bersukan, tidak terkecuali juga bagi pelari. pemilihan kasut yang tepat amatlah penting agar memberi keselesaan sepanjang larian. Antara ciri-ciri kasut Running yang perlu kita tahu adalah seperti untuk Short distance, Long distance, on the road dan off road.

    Kebiasaannya seseorang akan lebih memilih ciri-ciri kasut running seperti Long distance dan on the road. Ini berdasarkan pengalaman kerja saya ketika sebagai promoter di kedai sukan Nike. Sesetengahnya memberi feedback kepada saya bahawa mereka menggunakan kasut Running untuk vacation, Running shoes sememangnya adalah kasut banyak kelebihan yang memang sesuai dipakai di mana sahaja.

Berikut merupakan sediki penerangan mengenai kasut Running.




Friday, March 10, 2017

Kawalan Pernafasan Ketika Berlari atau Bersenam

Kawalan nafas ketika berlari amat penting supaya badan tidak mudah penat dan cukup bekalan oksigen. Terdapat dua jenis kawalan pernafasan dalam sukan, iaitu Anaerobik dan Aerobik. Bagi larian jarak jauh, teknik pernafasan Aerobik adalah digunakan untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Anaerobic adalah bagi aktiviti pecutan(sekali nafas sahaja) ketika melakukan aktiviti, contohnya lari pecut 100m.


Seseorang perlu bijak dalam mengawal pernafasan ketika berlari supaya tenaga ATP tidak dibazirkan dengan cepat. Membuat larian anak(slow jog) dengan menetapkan masa(cnth: 20 minit) adalah contoh latihan larian mampu meningkatkan psikologi untuk berlari bagi seseorang yang baru-baru untuk mula berlari.