Kawalan nafas ketika berlari amat penting supaya badan tidak mudah penat dan cukup bekalan oksigen. Terdapat dua jenis kawalan pernafasan dalam sukan, iaitu Anaerobik dan Aerobik. Bagi larian jarak jauh, teknik pernafasan Aerobik adalah digunakan untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Anaerobic adalah bagi aktiviti pecutan(sekali nafas sahaja) ketika melakukan aktiviti, contohnya lari pecut 100m.
Seseorang perlu bijak dalam mengawal pernafasan ketika berlari supaya tenaga ATP tidak dibazirkan dengan cepat. Membuat larian anak(slow jog) dengan menetapkan masa(cnth: 20 minit) adalah contoh latihan larian mampu meningkatkan psikologi untuk berlari bagi seseorang yang baru-baru untuk mula berlari.
No comments:
Post a Comment