Tuesday, May 30, 2017

Formation Larian Ketika dalam Sukan

Dalam Event sukan tertentu seperti Bola Sepak, Ragbi, Tennis, Bola Jaring dan Bola Keranjang adalah contoh sukan yang mengandungi formasi larian. Pada masa-masa individu perlu membuat larian pecut, ada kala slow jog dan ada kalanya hanya berjalan mengikut situasi dalam acara tersebut.
Bola Keranjang adalah contoh sukan yang berintensiti tinggi di mana permainannya sangat pantas yang memerlukan kecepatan dan larian pantas yang baik. Tennis turut memerlukan larian yang baik kerana ada kalanya pemain perlu cepat dan pantas untuk mengejar bola apabila pihak lawan menukar arah bola.

Manakala bagi Sukan Bola Sepak dan Ragbi, kedua-dua sukan ini perlu membuat larian sama ada bola di padanya atau tiada bola di padanya. Selain itu, kemahiran tertentu perlu ada pada sukan ini agar interaksi dengan bola yang diterima dapat membuat larian seterusnya dengan baik dan efisien. Bola Jaring juga memerlukan formasi larian sama ketika menyerang atau diserang mengikut situasi di atas gelanggang. Biarpun pemain akan berhenti sejurus menerima bola ditangan, namun larian tetap terapkan selepas membuat hantaran dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa gambar event sukan




No comments:

Post a Comment