Tuesday, May 30, 2017

Inspirtaional Video

Biarpun saya tidak memiliki talent dalam sukan-sukan tertentu, tapi saya tetap berlari untuk mengamalkan hidup sihat sentiasa dalam keadaan Fit. Mereka Boleh, Kita Pasti Boleh


Lari Di Mana-Mana

                                                                       Go Go Go

Anatomy Runner


                                                                   Steady

Formation Larian Ketika dalam Sukan

Dalam Event sukan tertentu seperti Bola Sepak, Ragbi, Tennis, Bola Jaring dan Bola Keranjang adalah contoh sukan yang mengandungi formasi larian. Pada masa-masa individu perlu membuat larian pecut, ada kala slow jog dan ada kalanya hanya berjalan mengikut situasi dalam acara tersebut.
Bola Keranjang adalah contoh sukan yang berintensiti tinggi di mana permainannya sangat pantas yang memerlukan kecepatan dan larian pantas yang baik. Tennis turut memerlukan larian yang baik kerana ada kalanya pemain perlu cepat dan pantas untuk mengejar bola apabila pihak lawan menukar arah bola.

Manakala bagi Sukan Bola Sepak dan Ragbi, kedua-dua sukan ini perlu membuat larian sama ada bola di padanya atau tiada bola di padanya. Selain itu, kemahiran tertentu perlu ada pada sukan ini agar interaksi dengan bola yang diterima dapat membuat larian seterusnya dengan baik dan efisien. Bola Jaring juga memerlukan formasi larian sama ketika menyerang atau diserang mengikut situasi di atas gelanggang. Biarpun pemain akan berhenti sejurus menerima bola ditangan, namun larian tetap terapkan selepas membuat hantaran dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa gambar event sukan




Sprinter dan Endurance

Sprinter merupakan larian pecut yang menggunakan kekuatan tenaga explosif yang tinggi sepanjang larian untuk mendapatkan rentak yang pantas.

Endurance adalah larian yang memerlukan ketahanan badan sepanjang larian. Bagi atlit jarak jauh, endurance amat penting bagi dapat meneruskan larian sepanjang acara sehingga ke garisan penamat,

Berikut Gambar di bawah merupakan dua jaguh pelari. Usain Bolt(Sprinter 100m) dan Eliud Kipchoge(Marathoner)

                                                                                          Usain Bolt

                                                                                         Eliud Kipchoge

Sunday, April 23, 2017

Perbezaan 'Running Shoes' vs 'Training Shoes'

Berikut merupakan penerangan ringkas mengenai kasut running dan training. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri tertentu dan kelebihan serta kesesuaian mengikut keadaan tertentu. Selamat menontot :)


'Technique' larian


Saturday, March 18, 2017

Choose The Right Shoes

Bagi seseorang atlet, pemilihan kasut yang sesuai adalah sangat penting untuk mengasilkan performance yang tinggi ketika bersukan, tidak terkecuali juga bagi pelari. pemilihan kasut yang tepat amatlah penting agar memberi keselesaan sepanjang larian. Antara ciri-ciri kasut Running yang perlu kita tahu adalah seperti untuk Short distance, Long distance, on the road dan off road.

    Kebiasaannya seseorang akan lebih memilih ciri-ciri kasut running seperti Long distance dan on the road. Ini berdasarkan pengalaman kerja saya ketika sebagai promoter di kedai sukan Nike. Sesetengahnya memberi feedback kepada saya bahawa mereka menggunakan kasut Running untuk vacation, Running shoes sememangnya adalah kasut banyak kelebihan yang memang sesuai dipakai di mana sahaja.

Berikut merupakan sediki penerangan mengenai kasut Running.




Friday, March 10, 2017

Kawalan Pernafasan Ketika Berlari atau Bersenam

Kawalan nafas ketika berlari amat penting supaya badan tidak mudah penat dan cukup bekalan oksigen. Terdapat dua jenis kawalan pernafasan dalam sukan, iaitu Anaerobik dan Aerobik. Bagi larian jarak jauh, teknik pernafasan Aerobik adalah digunakan untuk mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Anaerobic adalah bagi aktiviti pecutan(sekali nafas sahaja) ketika melakukan aktiviti, contohnya lari pecut 100m.


Seseorang perlu bijak dalam mengawal pernafasan ketika berlari supaya tenaga ATP tidak dibazirkan dengan cepat. Membuat larian anak(slow jog) dengan menetapkan masa(cnth: 20 minit) adalah contoh latihan larian mampu meningkatkan psikologi untuk berlari bagi seseorang yang baru-baru untuk mula berlari.